rumah dekat dengan kubur?..eeerr..seramnya
aku tak pandai lukis.. |
waaah…malam ni entri agak menyeramkan… tapi jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri...hehehe
oke..berbalik pada tajuk entri..rumah korang dengan kubur jauh tak?..cuba pergi ukur sekarang..berani tak?..sure tak kan?..hehehe..rumah aku dengan kubur tak ada lah jauh sangat,dalam 82m +/- jer..err..dekat la tu kan?
dan sepanjang aku hidup dekat area kubur ni ,alhamdulillah tak pernah lagi aku mengalamai fenomena yang membolehkan aku buat laporan kat uncle seekers..tapi biasalah kan,dah nama tanah perkuburan mesti ada cerita-cerita kurang enak di dengar..
ada orang cakap dengar bunyi orang menangislah, hantu ini,hantu itu tapi kesahihannya aku masih tak tahu..dan walaupun kadang-kadang aku balik pukul 2-3 pagi lalu tepi kubur tu tak kira lah dengan kereta ke ,motor ,atau basikal , aku biasanya buat-buat berani dan pecut laju-laju..hahaha
part paling best,aku akan tengok dalam cermin if naik kereta atau motor bagi memastikan aku tidak ditemani..err…mintak di jauhkan..amin..
dan aku tidak lupa untuk sedekahkan surah Al-fatihah dan memberi salam ““Assalamualaika Ya Ahlil Qubur” sekiranya aku melepasi kawasan perkuburan ni..dan dari apa yang aku tengok sekarang kawasan perkuburan kat tempat aku semua dah di lengkapi dengan lampu limpah dan di jaga dengan baik..so tak adalah gelap dan bersemak sangat..
sebenarnya bagus juga rumah dekat dengan kubur ni..bagi kita keinsafan dan supaya kita sentiasa mengingati bahawa suatu masa nanti kita juga akan berada di tempat yang sama macam mereka..
cuma,antara cepat atau lambat sahaja..yang pasti ajal telah menunggu kita..adakah kita dah bersedia?..hurm..